Monday 27 December 2010

Put aside the conundrums, zoom in to current precedency... -1-

salam...

ahad lepas, which is 19th of December 2010, my atm card was officially kene telan dengan Master-bank dekat Russia neh... ni bukannya problem yang jarang-jarang berlaku, tapi selalunya tidak diambil peduli... tapi bila kena dekat diri sendiri, 'makan tak kenyang, mandi tak basah la jawapnya'... tambahan pulak, aku ni jenis orang kalo duit dalam wallet tak tinggal seringgit, malas bebeno nak pegi keluarkan duit... HURRAY... sedih + pokai aku...

tempat kejadian: ashan city, belyaeva
tarikh kejadian: 19.12.2010
masa kejadian: 6.30 pm

bila aku kene telan tu, gelabah la jugak sikit-sikit... aku nak tinggalkan mesin atm untuk mintak bantuan pekerja-pekerja dekat situ, aku risau nanti mesin ni jeluakkan card aku, then ade orang 'tolong' amikkan... bila dah dekat 15 minit aku tunggu tak ok-ok jugak, aku try call hotline untuk bank tu, selepas segala detail dia mintak pasal mesin atm tu... tetiba mesin tu restart sendiri... aku menunggu la dekat situ, dengan harapan mesin tu dengan ikhlasnya memulangkan card aku tuh... ape, telan dengan takde rase kesian langsung dekat aku pun...

aih, tak boleh jadi ni... sekali lagi la aku call operator Master-bank tu... sekali dia kata, tak boleh buat apa-apa... aku kene tunggu for another 2 days... then contact balik die, dekat mana card aku tu akan dihantar... so aku pun balik la dengan kemiskinan ke rumah... huhu...

balik-balik je, terus aku call Maybank untuk 'block'kan card aku buat sementara waktu... mane la tau, takut tetiba ade orang yang berkenan nak guna debit card aku tu kan... huhu... tapi takpe, bukan ade name pun atas tu... dan kalo nak beli online pun, die kene tau password MSOS aku... huhu...

after 2 days, aku call la balik... then dengan berbesar dan gembira hatinya pergi la ke bank yang dicakapkan itu... seingat aku, mase call tu, dia mintak aku bawak passport je... bila sampai sana, dia kata, atas card awak tu takde tulis nama... kami tak boleh bagi selagi bank awak dekat Malaysia tak mengesahkan bahawa kad bernombor sekian-sekian ni kepunyaan awak yang membawa passport bernombor sekian-sekian ni... huhu... sedikit hangin aku disitu, sebab perjalanan ke bank tu dari hostel aku mengambil masa hampir sejam... tapi nak buat camana, protokolnya begitu... tapi ada kebenarannya... so, aku pulanglah dengan sedih hati... huhu...

keesokan hari nya, pagi-pagi hari lagi aku call Maybank supaya hantar fax kepada Master-bank tersebut, kemudian dia cakap... akan diuruskan... selepas tu... aku terus bergegas ke kelas... when i was at the class, my mum msg me, and told that everything was fine... dan sekali lagi aku ke bank... diorang kate, diorang takde terima sebarang fax dari Maybank... hoho... ok, aku hangin kali ke-2...

kemudian, bila sampai dirumah, aku terima email daripada pegawai yang in-charge pasal kehilangan kad aku neh... rupa-rupanya, fax yang dihantar tu tak berjaya dihantar... then pegawai tu mintak email Master-bank, so that die boleh cuba melalui email pulak... tapi i can't find one pun... waaa... dan aku cuba forwardkan website Master-bank tu dekat pegawai tu... dan bagi source yang termampu untuk menyenangkan kerja pegawai tu... pada hari tersebut adalah hari khamis, dan bank dekat Kelantan, tak bekerja pada hari Jumaat (which is keesokan harinya)... that's mean, aku kene tunggu another 4 days to synchronize the working days between Kelantan and Moscow, starting Monday...

to be continued...

Monday 6 December 2010

hari yang memberatkan...!!!

salam...

hari ini, hari aku sangat tertekan dengan masalah orang lain... huhu... sebok-sebok pulakkan dengan masalah orang lain... tapi orang lain ini, orang yang seagama dengan aku... orang yang baik dengan aku, walaupun tak seagama, aku turut terasa sekiranya diorang berada dalam kesusahan...

lebih-lebih lagi, insan yang tertindas, adalah dikalangan yang 'menjaga'... hari ini, boleh kira dengan tangan, berapa kerat je insan yang 'menjaga'... tu pasal aku kesah... kalau yang dah macam tak dengar orang cakap tu, aku dah terasa macam suke hati engkaulah... bukan engkau yang tidak diberi pilihan... tapi menidakkan yang benar... dekat sini, dah terang sangat yang mana benar, dan yang mana salah... pilihan sendiri, sama ada nak pilih jalan yang benar, atau mengikut tuntutan nafsu amarah... PILIHAN DI TANGAN ANDA...

walaupun pilihan di tangan anda, aku sangat la tak bersetuju dengan statement yang sebegitu... kita yang memahami di mana kita bermula, dan di mana pengakhiran kita, SEHARUSNYA memilih jalan yang sepatutnya... HIDUP DENGAN BERPANDUKAN HADIS DAN SUNNAH... bukannya mengikut kehendak diri yang berasa tindakan yang diambil itu betul, walaupun salah di sisi Allah... dan tidak mahu membuat sesuatu yang dirasakan tidak 'masuk' dengan kehendak diri, walaupun ianya benar di sisi Allah... siapakah kita untuk menidakkan yang benar...???

MENIDAKKAN HAK SEORANG MANUSIA... siapakah kita...??? tuan empunya segala...???

Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang mengambil sebahagian tanah orang lain tanpa hak (dengan aniaya), maka pada hari kiamat, ia akan dikuburkan sampai tujuh lapis bumi."... (Shahih Bukhari)

a weekend to ponder...!!!

salam...

wut a weekend... huhu... segala rasa ada... happy ada, down pun ada... sedih dengan diri sendiri pun ade... everything was mixed up... aku pun taktau nak cakap apa yang aku rasa sekarang...
quite confused...

on friday, we get our zachut aka credit for subject Tuberculosis, which is quite interesting subject, but not my thing... huhu... and at night, i'm attending Moscow Intervarsity Practical-scientific Conference with the other most creamy students, but i'm the most least... huhu... but i feel quite lucky for being threw to that group in my very final year... so that aku boleh menilai tahap diri dan cuba belajar daripada diorang semua...

kurang dari 2 bulan lagi untuk winter final exam... progression aku sangat slow... dan aku sangat risau untuk menghadapinya... waaarrrghhh... ade sape-sape volunteer nak study ngan aku... hahahaa... ade member study skali, tak bosan sket aku... wakakkaa... kalo tak, kejap-kejap, pegi tekan komputer... haih...

esok bermula la cycle baru... cycle Therapy... huhu... harap-harapnya, aku bleh bahagikan masa aku sebaik mungkin untuk belajar subject ni dan prepare myself untuk coming exam this summer... i hope, everything will be just fine... WISH ME LUCK...

chaow...!!!