Monday 27 December 2010

Put aside the conundrums, zoom in to current precedency... -1-

salam...

ahad lepas, which is 19th of December 2010, my atm card was officially kene telan dengan Master-bank dekat Russia neh... ni bukannya problem yang jarang-jarang berlaku, tapi selalunya tidak diambil peduli... tapi bila kena dekat diri sendiri, 'makan tak kenyang, mandi tak basah la jawapnya'... tambahan pulak, aku ni jenis orang kalo duit dalam wallet tak tinggal seringgit, malas bebeno nak pegi keluarkan duit... HURRAY... sedih + pokai aku...

tempat kejadian: ashan city, belyaeva
tarikh kejadian: 19.12.2010
masa kejadian: 6.30 pm

bila aku kene telan tu, gelabah la jugak sikit-sikit... aku nak tinggalkan mesin atm untuk mintak bantuan pekerja-pekerja dekat situ, aku risau nanti mesin ni jeluakkan card aku, then ade orang 'tolong' amikkan... bila dah dekat 15 minit aku tunggu tak ok-ok jugak, aku try call hotline untuk bank tu, selepas segala detail dia mintak pasal mesin atm tu... tetiba mesin tu restart sendiri... aku menunggu la dekat situ, dengan harapan mesin tu dengan ikhlasnya memulangkan card aku tuh... ape, telan dengan takde rase kesian langsung dekat aku pun...

aih, tak boleh jadi ni... sekali lagi la aku call operator Master-bank tu... sekali dia kata, tak boleh buat apa-apa... aku kene tunggu for another 2 days... then contact balik die, dekat mana card aku tu akan dihantar... so aku pun balik la dengan kemiskinan ke rumah... huhu...

balik-balik je, terus aku call Maybank untuk 'block'kan card aku buat sementara waktu... mane la tau, takut tetiba ade orang yang berkenan nak guna debit card aku tu kan... huhu... tapi takpe, bukan ade name pun atas tu... dan kalo nak beli online pun, die kene tau password MSOS aku... huhu...

after 2 days, aku call la balik... then dengan berbesar dan gembira hatinya pergi la ke bank yang dicakapkan itu... seingat aku, mase call tu, dia mintak aku bawak passport je... bila sampai sana, dia kata, atas card awak tu takde tulis nama... kami tak boleh bagi selagi bank awak dekat Malaysia tak mengesahkan bahawa kad bernombor sekian-sekian ni kepunyaan awak yang membawa passport bernombor sekian-sekian ni... huhu... sedikit hangin aku disitu, sebab perjalanan ke bank tu dari hostel aku mengambil masa hampir sejam... tapi nak buat camana, protokolnya begitu... tapi ada kebenarannya... so, aku pulanglah dengan sedih hati... huhu...

keesokan hari nya, pagi-pagi hari lagi aku call Maybank supaya hantar fax kepada Master-bank tersebut, kemudian dia cakap... akan diuruskan... selepas tu... aku terus bergegas ke kelas... when i was at the class, my mum msg me, and told that everything was fine... dan sekali lagi aku ke bank... diorang kate, diorang takde terima sebarang fax dari Maybank... hoho... ok, aku hangin kali ke-2...

kemudian, bila sampai dirumah, aku terima email daripada pegawai yang in-charge pasal kehilangan kad aku neh... rupa-rupanya, fax yang dihantar tu tak berjaya dihantar... then pegawai tu mintak email Master-bank, so that die boleh cuba melalui email pulak... tapi i can't find one pun... waaa... dan aku cuba forwardkan website Master-bank tu dekat pegawai tu... dan bagi source yang termampu untuk menyenangkan kerja pegawai tu... pada hari tersebut adalah hari khamis, dan bank dekat Kelantan, tak bekerja pada hari Jumaat (which is keesokan harinya)... that's mean, aku kene tunggu another 4 days to synchronize the working days between Kelantan and Moscow, starting Monday...

to be continued...

No comments:

Post a Comment